ABOUT ACCURATE

 Mengenai Accurate Transportation

Accurate Transportation merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewaan kenderaan. Terdapat 5 kategori utama kenderaan yang disewakan. Kereta - sedan dan kompak, MPV, Van, Coaster (bas persiaran bersaiz kecil) dan Coach (bas persiaran bersaiz besar)

Kenderan yang kami tawarkan adalah kenderaan yang berkeadaan baik dan sesuai dibawa kemana sahaja destinasi pilihan anda seluruh Semenanjung Malaysia. Walaupun kami katakan sesuai kemana mana distinasi anda, tidak bermakna anda boleh membawa kenderaan tersebut kedalam hutan, meredah sungai atau tempat tempat yang boleh menyebabkan kereta berisiko untuk mengalami kerosakan. 

Tangungjawab menjaga kenderaan semasa ditangan anda adalah sangat penting dan diperlukan. Banyak kes yang kami jumpa, oleh kerana kecuaian dan kelalaian kita semasa menerima kenderaan tersebut, menjadi pertikaian semasa anda memulangkan kenderaan. Akibatnya, anda terpaksa menangung kerugian dengan mengganti semula kerosakan yang telah anda lakukan. 

Penting disini, semasa menerima menerima kenderaan, pastikan anda telah memeriksa keadaan kenderaan tersebut. Lihat secara terperinci keadaan luaran dan dalaman kenderaan tersebut. Laporkan segera kepada kami sekiranya anda menerima kenderaan tersebut dalam keadaan yang kurang memuaskan seperti terdapatnya kemek, retak, calar dan sebagainya. 

Setiap kita mempunyai alahan, alergik yang tertentu. Contohnya asma, batuk, kulit yang sensitif, tidak tahan bau  dan sebagainya. Oleh kerana setiap kita adalah berbeza, fikirkan orang lain lain yang juga akan menyewa kenderaan tersebut selepas anda menyewa. Contohnya, penyewa selepas anda tidak tahan bau rokok, belacan, atau durian, jadi, tolong hormati privisi orang lain ini dengan tidak merokok didalam kereta, tidak membawa durian, belacan, ikan kering dan apa juga yang boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan kepada orang lain didalam kenderaan yang kita sewa. 

Saya percaya, dan yakin, orang lain akan melayan kita atas apa yang kita telah layan pada orang lain. Kalau kita hormatkan orang, mestilah orang lain akan hormat pada kita. Tiada kompromi. Tapi, kalau kita susah nak hormat orang, jangan terkejut kalau orang tak hormat pada kita. 

Berniaga merupakan cara kita menambahkan kawan kawan dan sahabat.. Ramai pelanggan yang pernah menyewa kenderaan dengan kami suatu ketika dahulu, penyudahnya menjadi rakan baik dan ada yang menjadi rakan perniagaan syarikat kami.. Kalau mereka boleh, kenapa tidak anda dan saya.. 

Saya mengucapkan terima kasih kepada pelanggan terdahulu yang telah sama sama menaikkan Accurate Transportation pada tahap sekarang. Teruskan menyokong kami, dan nikmati pelbagai ganjaran menarik semasa anda menyewa kereta selepas ini.

Terima Kasih

Shafie Buang
Pengarah Urusan 
Accurate Transportation Service