PAKEJ PERCUTIAN

Pakej Percutian Ke Sehari Singapura 

Pakej percutian sehari ke Singapura merupakan pakej yang di khaskan kepada pelancong yang ingin melawat ke tempat tempat menarik di Singapura. Program ini mengambil masa antara 7 hingga 8 jam di Singapura. Waktu terhad dikhususkan untuk melihat dan melawat ke tempat tempat yang menjadi tempat 'pasti kunjung' apabila datang melawat ke Singapura. 

Berikut adalah program dan tempat yang akan dilawati;
Program akan bermula pada jam 0800 pagi, dimana pihak kami akan datang menjemput anda di tempat penginapan. Tak kisah la sama ada anda bermalam di hotel, rumah saudara mara atau homestay, asal saja anda berada di sekitar Johor Bahru, kami akan menjempun anda. Kenderaan yang digunakan biasanya bergantung kepada jumlah ahli yang ingin turut serta. 

Seterusnya, anda akan dibawa masuk ke Singapura melalui Tambak Johor atau melalui Tuas. Ia bergantung kepada keadaan trafik di kedua dua pintu masuk tersebut. Yang masa satu kurang sesak, kami akan memilih untuk melaluinya. Kenapa? sebabnya, kami tidak mahu perjalanan anda terganggu oleh jam yang kadangkala akan mengambil masa berjam jam untuk sampai ke Singapura. 

Setelah sampai di Singapura, tempat pertama yang akan kami bawa adalah Geylang Serai. Geylang Serai sangat terkenal dengan penempatan peniaga Melayu yang berniaga di Pasar Geylang Serai. Di pasar ini, segala rempah ratus yang susah sangat anda nak dapatkan di Malayisa, insyallah ada. 

Ada sudah bersarapan? Jika anda belum bersarapan, di Geylang Serai, terdapat tempat makan yang menarik, iaitu My Eating House. Walaupun kedainya simple, tapi pelbagai juadah makan disedaikan. Antaranya Nasi Ayam Lemon, Bubur Nasi Ikan dan sebagainya. Harganya pun sangat berpatutan (tapi jangan compare dengan matawang Malaysia). 

Setelah kenyang, kami akan bawa anda anda ke Mustafa Center yang terletak tidak jauh dari Arab Street. Mustafa Center menjual pelbagai barangan seperti handphone, jam tangan, perhiasan dan alat elektronik dengan harga yang agak murah juga. Masa sejam diperuntukan untuk anda membelibelah di sini. Tapi biasanya, anda akan kurang membeli di sini. Sebabnya? Kerana perut anda masih kenyang. Orang kenyang biasanya kurang membelibelah jika dibandingkan dengan orang yang lapar. Tak percaya? 

Program seterusnya adalah berjalan jalan menyusuri Arab Street. Arab Street dahulunya adalah kawasan dimana pedagang arab berniaga. Selain itu, pada zaman dahulu (zaman Malaya), kawasan ini sangat terkenal bagi mencari apa apa keperluan untuk menunaikan haji. Segala galanya ada disini. Tetapi, sekarang tempat ini sudah menjual pelbagai barangan keperluan, cederahati dan sebagainya. Jika anda mencari ole ole dari Singapura, disinilah tempatnya. 

Penat berjalan, kami akan bawa anda ke Restoran Zam Zam untuk menikmati Nasi Briani Rusa. Memang jarang terdapat di jual di Malaysia. Dan restoran ini adalah restoran yang menjualnya. Rasanya? Memang sedap tak terkata.. Sebenarnya untuk makan tengahari, ada ada pelbagai pilihan makanan yang ada disini. Murtabak Singapura, Sup Tulang Merah Singapura dan Nasi Briani adalah antaranya.

Berhadapan dengan Restoran Zam Zam, terdapat sebuah mesjid yang menjadi kebangaan orang orang Singapura. Jika di Johor tenkenal dengan Mesjid Sultan Abu Bakar, Singapura pula terkenal dengan Mesjid Sultan. Dari namanya, kita sudah boleh mengagak yang mesjid ini mempunyai kaitan dengan kesultanan Melayu di Singapura. Memang betul pun, kawasan ini dahulunya merupakan kawasan Kesultanan Melayu Temasik. Bersebelah dengan mesjid ini, terdapat sebuah istana lama. Sekarang dikenali sebagai Malay Heritage. Selepas menunaikan solat Zohor, bolehlah singgah melawat Malay Heritage

Puas kita mengetahui mengenai asas pembangunan Singapura yang penuh dengan sejarah, kita seterusnya akan ke Merlion Park. Haah.. tempat dimana ada patung singa putih tu.. itulah Merlion Park. Disini, kalau dah sampai tapi tak ambil gambar memang tak sah.. Kerana panoramanya yang memang indah, mau habis 1GB memori telefon atau camera anda dibuatnya. Merlion Park berlatarbelakangkan Marina Sand Bay memang sangat menarik. 

Kalau tadi, kita hanya mampu bergambar dengan berlatarbelakangkan Marina Sand Bay, kali ini kami akan bawa anda lebih dekat lagi dengan Marina Sand Bay. Dua bangunan tinggi dengan kolam air yang sangat luas diatasnya. Disini anda boleh membelibelah barangan mewah yang tentu sekali mahal harganya. Tapi sekali sekala membeli sampai tak ingat hari esok pun ok jugakan.. tanya poket anda dulu.. 

Setelah berbelanja sakan, kami akan bawa anda ke tempat terakhir program lawatan ke Singapura, iaitu Garden By The Bay. Tempat ini merupakan sebuah taman moden yang menemparkan beberapa bahagian. Antaranya adalah herba, bunga bungaan dan sebagainya. 

Setelah penat, tibalah masa untuk masuk ke Malaysia dengan meninggalkan pelbagai memori indah melawat Singapura.. 

Untuk tempahan, sila hubungi no yang terdapat di CONTACT US. Kakitangan kami akan melayani semua pertanyaan anda dengan senyuman manis..

No comments: